![]() Chairman of the Cambridge Commonwealth Trust, Trinity College,
Your Royal Highness, We write in protest at the inclusion of Dr. Mahathir Mohamad, the Prime Minister of Malaysia, as a member of the Cambridge Commonwealth Trust. Dr. Mahathir continues to oppress the people of his country by denying them constitutional freedom of speech and assembly. They have been subjugated to continuous threats and detention for merely exercising these democratic rights. Recently, Anwar Ibrahim, a friend and supporter of the Cambridge Commonwealth Trust, had been beaten up and then slammed into jail through an unfair trial for a period of fiteen years. In the name of justice and freedom, and in view of the universal belief in human rights embraced by the Commonwealth, we ask you to suspend or remove Dr. Mahathir from the Cambridge Commonwealth Trust. The continued presence of Dr. Mahathir is a travesty which brings shame to the trust and the University of Cambridge. Please act now to show your support for those Malaysians who have been fighting for their rights and freedom! Please support our call for Anwar Ibrahim to be released unconditionally! |
![]() Pengerusi Amanah Komanwel Cambridge, Trinity College,
Yang Teramat Mulia, Kami menulis untuk membantah penyertaan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sebagai ahli Amanah Komanwel Cambridge. Dr. Mahathir terus menganiayai rakyat negaranya dengan menafikan hak-hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan untuk bersuara dan berkumpul. Mereka terus-menerus ditekan dengan ugutan dan penahanan semata-mata kerana menuntut hak ini. Baru-baru ini, Anwar Ibrahim, seorang kawan dan penyokong Amanah Komanwel Cambridge, telah dibelasah dan disumbat dalam penjara melalui suatu pengadilan palsu untuk menjalani hukuman lima belas tahun. Atas nama keadilan dan kebebasan, dan memandangkan kepercayaan sejagat mengenai hak asasi manusia yang turut didukung oleh negara-negara Komanwel, kami mendesak Yang Teramat Mulia menggantung atau menggugugurkan Dr Mahathir daripada Amanah Komanwel Cambridge. Kehadiran berterusan Dr. Mahathir adalah satu ketidak-adilan yang membawa malu kepada badan ini dan Universiti Cambridge. Silalah bertindak sekarang untuk menunjukkan sokongan Yang Teramat Mulia terhadap rakyat Malaysia yang sedang berjuang demi mempertahankan hak-hak dan kebebasan mereka! Silalah sokong seruan kami suipaya Anwar Ibrahim segera dibebaskan tanpa syarat! |
Contact us at:
Hubungi kami di:
cambridgecoalition@lycos.com